BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Welcome to our blog ^,^ Do follow us if you like our blog. Thank you.

Thursday, December 15, 2011

VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

-Mari belajar bersama-sama !




Friday, June 03, 2011

Ahli Kumpulan

1. Hajah Bt. Wahab
2. Khtija Bt. Kana
3. Langgana
4.Moziana Bt. Abd Rahman
5. Angela Francis
6. Rechard Danial


Rancangan Pengajaran
Tema : Hidupan Air
Subtema : Ikan Ku Sayang
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika-kreativiti

Standard Pembelajaran Utama :
(KT 1.2.11) Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui lipatan origami.

Standard Pembelajaran lain yang disepadukan :
( KM 6.3.5 ) Bercerita tentang kesan pencemaran udara dan air
( PFK 1.1.14 ) Menggunakan tangan untuk mengikat sesuatu objek.

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat ;
      - Membuat lipatan origami ikan dengan cara yang betul.
      - Menceritakan keadaan ikan jika air tercemar.
      - Meningkatkan koordinasi mata tangan.

Kosa Kata:
ikan, sirip, mata, ekor, mulut

Peralatan dan Bahan :
Kertas warna, benang, penebuk lubang dan penyangkut baju.

Set Induksi ( 10 minit )

1. Guru menunjukkan video aktiviti menjual ikan di pasar.
2. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai :
   a) Apakah yang dijual orang di dalam video yang kamu lihat tadi?
   b) Pernahkah emak atau ayah kamu pergi ke tempat tersebut?
3. Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan membuat mobile ikan.

Aktiviti 1 ( 15 minit )
1. Guru menunjukkan mobile ikan yang sudah siap sebagai contoh. 
2. Guru menunjukkan bahan untuk membuat mobile ikan.
3. Sebelum membuat origami ikan, guru menunjukkan beberapa perkataan.
   - ikan
   - sirip
   - mata 
   - ekor
   - mulut.
4. Guru membimbing kanak-kanak mengeja dan membatang perkataan. 

Aktiviti 2 ( 20 minit )
1. Guru membahagi kanak-kanak kepada 4 kumpulan kecil.
2. Guru akan menyediakan setiap bahan untuk sesebuah kumpulan.
3. Guru menunjukkan contoh origami ikan yang telah disiapkan.
4. Guru membimbing kanak-kanak membuat lipatan untuk menghasilkan origami ikan dengan bantuan pembantu pengurusan murid.
5. Guru membimbing kanak-kanak membuat lubang pada origami dan kanak-kanak memasukkan benang pada lubang dan menggantungkan origami ikan yang telah disiapkan.

Penutup ( 15 minit )
1. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak tentang apa yang telah mereka telah pelajari hari ini tadi.
2. Guru juga menerangkan kepada kanak-kanak mengenai keadaan ikan jika air tercemar dengan menunjukkan gambar kepada kanak-kanak.
  a) Apakah yang adik-adik buat hari ini tadi?
  b) Kalau sungai kita kotor apakah yang terjadi kepada ikan di dalam sungai?
3. Untuk mengakhiri sesi pengajaran, guru memperdengarkan sebuah lagu ikan kekek dan guru membimbing kanak-kanak menyanyi. 



♥ Set Induksi : Jom ke Pasar Ikan! ♥

Suasana di pasar ikan

♥ Aktiviti 1 : Jom Buat Mobile Ikan ♥

- Contoh Mobile ikan

♥ Aktiviti 1 : Cari Bahan ♥

- Benang
- Penebuk lubang
- Kertas Warna
- Penyangkut baju

♥ Aktiviti 1 : Bacalah Sayang ♥

graphics




graphics




graphics




graphics



graphics

♥ Aktiviti 2 : Origami Ikan ♥

♥ Kasihan Ikan Adik-adik ♥

♥ Mari menyanyi ♥